Kenaikan pangkat pegawai kanan kerajaan





Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Mei. – Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Ahli Kimia Ubat Kanan di Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Dayang Hajah Zanatul 'Aini binti Haji Zainin / Haji Jin​in dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Perkhidmatan Farmasi di Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan mulai 8 April 2024.


Close